Ahad, 25 Oktober 2009

KENANGAN SILAM


MULANYA MALAYA CKT

Mempertaruhkan kualiti masakan untuk menjamin masa depan. Alhamdulillah, Malaya CKT mampu bertahan sehingga hari ini walaupun banyak dugaan dan cabaran terpaksa dihadapi.
Pernah menangis sendiri kerana barang-barang perniagaan disita oleh DBKL.

Pada masa itu hasil jualan amat membanggakan bagi seorang penjaja jalanan, dan sekarang hasil jualan makin meningkat, walaupun tiga kali berpindah lokasi perniagaan, juga pelanggan dicuri oleh penjaja lain ditempat yang ditinggalkan Malaya CKT, tetapi pelanggan dapat membezakan kualiti masakan Malaya CKT dengan lain-lain CKT.

Jumaat, 2 Oktober 2009

PERJUANGAN DITERUSKAN

Kepada pelanggan yang dirahmati Allah swt, selamat bertugas. Sihat hendaknya selepas banyak
makan ketupat dan lemang, awas kesihatan harus dijaga, sempena bulan Syawal yang mulia ini
hati-hatilah semasa menghadiri rumah terbuka, jagalah permakanan anda, tertib dan beradablah semasa berada di rumah terbuka.


Untuk pengetahuan anda Malaya Char Koew Teow akan beroperasi pada hari Isnin 5 okt 09, insyaallah.
Kita jumpa di gerai Malaya CKT.

SELAMAT BERTUGAS.