Selasa, 24 November 2009

BERWAJAH BARU


Demi masa depan.
Wajah terbaru Malaya Char Koew Teow.

Selasa, 3 November 2009

SATU LANGKAH KEHADAPAN

Malaya CKT berjaya tarik pelanggan dengan kualiti masakan, pada masa ini Malaya CKT menggoreng tanpa had tanpa henti sehingga stok kehabisan. Minta maaf kepada pelanggan yang tak dapat merasa CKT. Esok datang awal sikit.

Ahad, 25 Oktober 2009

KENANGAN SILAM


MULANYA MALAYA CKT

Mempertaruhkan kualiti masakan untuk menjamin masa depan. Alhamdulillah, Malaya CKT mampu bertahan sehingga hari ini walaupun banyak dugaan dan cabaran terpaksa dihadapi.
Pernah menangis sendiri kerana barang-barang perniagaan disita oleh DBKL.

Pada masa itu hasil jualan amat membanggakan bagi seorang penjaja jalanan, dan sekarang hasil jualan makin meningkat, walaupun tiga kali berpindah lokasi perniagaan, juga pelanggan dicuri oleh penjaja lain ditempat yang ditinggalkan Malaya CKT, tetapi pelanggan dapat membezakan kualiti masakan Malaya CKT dengan lain-lain CKT.

Jumaat, 2 Oktober 2009

PERJUANGAN DITERUSKAN

Kepada pelanggan yang dirahmati Allah swt, selamat bertugas. Sihat hendaknya selepas banyak
makan ketupat dan lemang, awas kesihatan harus dijaga, sempena bulan Syawal yang mulia ini
hati-hatilah semasa menghadiri rumah terbuka, jagalah permakanan anda, tertib dan beradablah semasa berada di rumah terbuka.


Untuk pengetahuan anda Malaya Char Koew Teow akan beroperasi pada hari Isnin 5 okt 09, insyaallah.
Kita jumpa di gerai Malaya CKT.

SELAMAT BERTUGAS.



Ahad, 13 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalammualaikum

Semoga sihat hendaknya dibulan Ramadan yang mulia ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa
dan dikesempatan ini juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Firti yang
akan menjelma beberapa hari lagi.
Maafkanlah saya jika ada terkasar bahasa atau terguris perasaan dalam masa kita
berbicara atau berurus niaga.

Untuk pengetahuan anda Malaya Char Koew Teow akan bercuti selama 2 minggu
bermula dari 16 Sep 09.

Bagi yang memandu kenderaan sendiri berhati-hatilah dimusim perayaan ini.
Dan mereka yang menaiki pengangkutan awam jangan lupa tiket nanti tak balik raya.
Jangan beli tiket melalui ulat.

Ok lah, apa pun janji kita raya, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

Ahad, 9 Ogos 2009

BERSAMA SEARCH DI AWAN BIRU



ROCK DULU, KINI DAN SELAMANYA. BERBALOI-BALOI.

Sabtu, 25 Julai 2009

TUGAS HARIAN

Bismillah....berserta selawat keatas Nabi Muhammad saw...baru makanan tu sedap.